SEJAUH MANAKAH PROGRAM EKASIH DAPAT
MEMBANTU PARA PELAJAR DALAM PENDIDIKAN.( KWAPM )
Program
eKASIH telah diperkenalkan setelah sekian lama dalam membantu golongan miskin.
Program ini dijalankan untuk memastikan semua rakyat Malaysia dapat menjalani
kehidupan seharian yang lebih elok. Di dalam proram eKASIH ini, ia menyediakan
pelbagai jenis bantuan dan salah satunya ialah Kumpulan Wang Amanah Pelajar (
KWAPM ).
Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) telah menubuhkan Tabung Kumpulan Wang Amanah Pelajar
Miskin (KWAPM) pada tahun 2003 di bawah Seksyen 10 Akta Tatacara Kewangan 1957.
Objektif utama penubuhannya adalah untuk membantu golongan ibu bapa pelajar
yang berpendapatan rendah dan tidak berkemampuan untuk menghantar anak mereka
ke sekolah serta membasmi keciciran pelajar daripada persekolahan akibat
kemiskinan.
Adalah
menjadi hasrat KPM untuk mengurangkan jurang antara golongan miskin dan yang
berkemampuan dalam mendapatkan peluang serta akses kepada pendidikan yang
samarata untuk melahirkan pelajar yang cemerlang. Penubuhan tabung ini juga
adalah selaras dengan pelaksanaan Dasar Pendidikan Wajib yang berkuatkuasa
mulai Januari tahun 2003 di bawah Seksyen 29A Akta Pendidikan 1996 (akta 550)
yang mana mewajibkan ibu bapa menghantar anak mereka bersekolah mulai umur
tujuh tahun (pendidikan rendah).
KWAMP
boleh dimohon secara atas talian terus kepada eKASIH dan daripada situ kita
dapat memilih apakah jenis bantuan yang kita mahukan. Antara bantuan yang
disediakan ialah bantuan persekolahan (BAP) dan juga bantuan bulanan (BB).
Manakala bantuan ini di kelas kan mengikut tahap kemiskinan yang di alami oleh
para pelajar.
No comments:
Post a Comment