BLOG PENERAJU PEMIKIRAN REMAJA MASA KINI.
Media
massa seperti blog merupakan medium yang berperanan dalam membentuk pemikiran
yang kreatif di kalangan para remaja pada masa kini dalam melahirkan idea-idea
yang ingin mereka luahkan sesuatu perkara. Sesungguhnya, peranan blog dalam
mempengaruhi minda remaja memang tidak dapat disangkal lagi.
Sebagai
contoh, terdapat ramai remaja sekarang yang suka bermadah di samping
mencurahkan bakat penulisan kreatif mereka, jadi mereka boleh menjadikan bolg
sebagai medium untuk mereka menjana minda kreatoif mereka. Selain itu, pada
masa kini ramai lahirnya penulis-penulis muda dan kebanyakkan mereka bermula
dengan menulis blog secara suka-suka. Dari penulisan blog juga, terdapat
persatuan-persatuan yang memberi pengiktirafan kepada blogger yang sangat
kreatif dalam menghasilkan entri di blog mereka.
Seterusnya,
bagi remaja yang masih belajar, mereka boleh menjadikan blog-blog yang sedia
ada sebagai rujukan dalam menghasilkan penulisan yang lebih kreatif supaya
mereka dapat menjadikan bolg tersebut sebagai tempat rujukan ketika belajar.
Media
massa sememangnya banyak memberi faedah kepada remaja. Di Malaysia media massa
telah banyak memainkan peranan dalam menyampaikan maklumat berguna kepada
setiap lapisan masyarakat. Namun
demikian pihak berkuasa mesti terus memantau perkembangan media massa agar
tidak mendatangkan kesan yang negatif kepada masyarakat dan negara. Media massa
yang cuba merosakkan keharmonian hidup rakyat Malaysia mesti diambil tindakan
yang tegas.
No comments:
Post a Comment