Sunday, 8 May 2016

PENGGUNAAN GUA STEVIA DALAM PEMAKANAN HARIAN.

Stevia merupakan genus yang terdiri daripada 150 spesies herba daripada keluarga bunga matahari (Astereacea). ia secara rasminya ditemui pada kuru kesembilan belas oleh Dr. Moise Santiago Bertoni. Beliau menamakan Stevia Rebuadiani Bertoni, sebagai penghormatan kepada ahli kimia Paraguay, Ia merupakan tumbuhan yag berasal daripada kawasan tropika dan sub-ropika di Amerika Tengah. Stevia yang digunakan secara meluas sebagai pemanis ialah Stevia dari Spesis Rebaudiana. ia juga dikenali sebagai sweetleaf, sugarleaf, atau pun sweet herb.ia merupakan sejenis tumbuhan herba berbatang lembut. Untuk menanamnya, medium yang digunakan ialah dari jenis poros supaya tiada air yang bertakung selepas disiram. tumbuhan ini memerlukan air yang mencukupi dan perlu disiram 2 kali sehari dalam cuaca yang panas.

Antara khasiat pokok ini ialah kesihatan kepada rambut dan kelemumur. PAti stevia dipercayai bermanfaat untuk kelemumur, kulit kepala kering, dan rambut kusam, kering, dan nipis. banyak pengguna mendapati rambut mereka lebih sihat bila mereka menggunakan daun stevia secara tetap.

Selain itu, kajian dan penyelidikan menunjukkan stevia dapat menstabilkan tahap gula dalam darah, dan menghalang kandiasis iaitu sejenis penyakit jangkitan Yis mengembang-biak bersama gula. Stevia adalah karbohidrat rendah gula dan rendah kalori gula alternatif.

Seterusnya stevia boleh mengurangkan radang gusi (Ginvitis). Ciri-ciri antibakteria stevia dapat membantu kaviti, gingiviti, kerosakan gigi dan sakit mulut. Ia boleh menyekat pembiakan dan pembangunan organisma berjangkit gusi dan gigi, menghalang pertumbuhan plak dan boleh meningkatkan kesihatan mulut secara keseluruhan.

Seterusnya ialah pedih ulu hati. Orang Brazil, Paraguay, dan Bolivia menggunakn teh stevia untuk melegakan sakit perut, pedih ulu hati, dan meningkatkan pencernaan dan fungsi gastro-usus. Minum teh stevia setiap kali selepas makan dapat membantu pencernaan dan melegakan pedih ulu hati dan sakit perut.

Stevia juga dapat mngurangkan berat badan. Penyelidikan perubatan terkini mencadangkan bahawa rendah kalori, dan gula stevia memanfaatkan dalam pengurusan berat badan. satu penyelidikan awal menunjukkan stevia mengganggu  (Hypothalamus) dan dapat membentu menurunkan berat badat dengan menyekat sensasi lapar. Kesimpulanya, stevia bagus bagimenreka yang inginmengamalkan gaya hidup sihat dalam kehidupan seharian mereka.
SIKAP KETERBUKAAN BERKOMUNIKASI MEMPENGARUHI PERILAKU MASYARAKAT


Perubahan-perubahan yang terjadi pada masyarakat dunia dewasa ini merupakan gejala yang normal. Pengaruhnya mampu menjalar dengan cepat ke bahagian-bahagian dunia lain berkat adanya komunikasi modern. Penemuan-penemuan baru di bidang teknologi yang terjadi di suatu tempat, dengan cepat dapat diketahui oleh masyarakat lain yang berada jauh dari tempat tersebut.Perubahan dalam masyarakat memang telah ada sejak zaman dahulu. Namun dewasa ini perubahan-perubahan tersebut berjalan dengan sangat cepatnya, sehingga membingungkan manusia yang menghadapinya, Perubahan-perubahan mana sering berjalan secara konstan. Ia tersebut memang terikat oleh waktu dan tempat. Akan tetapi kerana sifatnya yang berantai, maka perubahan terlihat berlangsung terus, walau diselangi keadaan di mana masyarakat mengadakan organisasi unsur-unsur struktur masyarakat yang terkena perubahan. Adanya perkembangan barang-barang telekomunikasi dan informasi, seperti handphone, television, satelit, dan internet menunjukkan bahawa komunikasi global terjadi demikian cepatnya. Ianya sekaligus telah mempengaruhi perilaku masyarakat pada masa kini. Sikap keterbukaan masyarakat apabila berkomunikasi di laman sosial menjadikan ianya mempengaruhi perilaku masyarakat masa kini. Apabila masyarakat pada masa kini terlalu terbuka apabila berkomunikasi ia akan mempengaruhi perilaku masyarakat. Contonya, mereka berkomunikasi secara kasar di laman sesawang dan sekaligus menjadikan cara berkomunikasi secara realitinya juga kasar. Gaya hidup adalah pola tingkah laku sehari-hari segolongan manusia dalam masyarakat. Gaya hidup merangumi pekerjaan, kesenangan, dan lain-lain. Gaya hidup di era global telah banyak memecahkan bentuk-bentuk tradisional kepada gaya hidup global yang berorientasi Barat. Kesenangan bergaya hidup global yang berorientasi Barat mulai melanda seluruh masyarakat hampir di seluruh negara ini.

Wednesday, 20 April 2016

BLOG PENERAJU PEMIKIRAN REMAJA MASA KINI.

Media massa seperti blog merupakan medium yang berperanan dalam membentuk pemikiran yang kreatif di kalangan para remaja pada masa kini dalam melahirkan idea-idea yang ingin mereka luahkan sesuatu perkara. Sesungguhnya, peranan blog dalam mempengaruhi minda remaja memang tidak dapat disangkal lagi.
Sebagai contoh, terdapat ramai remaja sekarang yang suka bermadah di samping mencurahkan bakat penulisan kreatif mereka, jadi mereka boleh menjadikan bolg sebagai medium untuk mereka menjana minda kreatoif mereka. Selain itu, pada masa kini ramai lahirnya penulis-penulis muda dan kebanyakkan mereka bermula dengan menulis blog secara suka-suka. Dari penulisan blog juga, terdapat persatuan-persatuan yang memberi pengiktirafan kepada blogger yang sangat kreatif dalam menghasilkan entri di blog mereka.
Seterusnya, bagi remaja yang masih belajar, mereka boleh menjadikan blog-blog yang sedia ada sebagai rujukan dalam menghasilkan penulisan yang lebih kreatif supaya mereka dapat menjadikan bolg tersebut sebagai tempat rujukan ketika belajar.

Media massa sememangnya banyak memberi faedah kepada remaja. Di Malaysia media massa telah banyak memainkan peranan dalam menyampaikan maklumat berguna kepada setiap lapisan masyarakat.  Namun demikian pihak berkuasa mesti terus memantau perkembangan media massa agar tidak mendatangkan kesan yang negatif kepada masyarakat dan negara. Media massa yang cuba merosakkan keharmonian hidup rakyat Malaysia mesti diambil tindakan yang tegas.

Thursday, 17 March 2016

SEJAUH MANAKAH PROGRAM EKASIH DAPAT MEMBANTU PARA PELAJAR DALAM PENDIDIKAN.( KWAPM )

Program eKASIH telah diperkenalkan setelah sekian lama dalam membantu golongan miskin. Program ini dijalankan untuk memastikan semua rakyat Malaysia dapat menjalani kehidupan seharian yang lebih elok. Di dalam proram eKASIH ini, ia menyediakan pelbagai jenis bantuan dan salah satunya ialah Kumpulan Wang Amanah Pelajar ( KWAPM ).

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menubuhkan Tabung Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) pada tahun 2003 di bawah Seksyen 10 Akta Tatacara Kewangan 1957. Objektif utama penubuhannya adalah untuk membantu golongan ibu bapa pelajar yang berpendapatan rendah dan tidak berkemampuan untuk menghantar anak mereka ke sekolah serta membasmi keciciran pelajar daripada persekolahan akibat kemiskinan.

Adalah menjadi hasrat KPM untuk mengurangkan jurang antara golongan miskin dan yang berkemampuan dalam mendapatkan peluang serta akses kepada pendidikan yang samarata untuk melahirkan pelajar yang cemerlang. Penubuhan tabung ini juga adalah selaras dengan pelaksanaan Dasar Pendidikan Wajib yang berkuatkuasa mulai Januari tahun 2003 di bawah Seksyen 29A Akta Pendidikan 1996 (akta 550) yang mana mewajibkan ibu bapa menghantar anak mereka bersekolah mulai umur tujuh tahun (pendidikan rendah).


KWAMP boleh dimohon secara atas talian terus kepada eKASIH dan daripada situ kita dapat memilih apakah jenis bantuan yang kita mahukan. Antara bantuan yang disediakan ialah bantuan persekolahan (BAP) dan juga bantuan bulanan (BB). Manakala bantuan ini di kelas kan mengikut tahap kemiskinan yang di alami oleh para pelajar.